peNgiKut sAyA

Sunday, January 19, 2014

Kertas putih dan pen biru



Detik detik jarum jam itu aku perhatikan
Lama aku tenung
Sudah sampai masa
Sudah cukup 1 semester
Detik yang paling aku risau untuk aku tempuh
Akhirnya sampai
Hati ini menjerit
Tolonglah, jangan berdetik laju laju
Berat hati ini
Tidak tahu untuk gambar dan olahkan
Mungkin melalui penulisan
Aku luahkan apa yang ada dalam fikiran

Aku mahu cakap pada teman karib
Terima kasih untuk setiap detik
Detik detik kamu menemani aku
Di setiap saat
Aku lelap, makan, gelak, berjaga, ketawa, menangis, berjalan, belajar
Tak terkira masa kamu menemani setiap tingkah laku aku
Terima kasih diatas kebaikan kamu
Terima kasih diatas pengorbanan kamu
Terima kasih diatas nasihat kamu
Terima kasih untuk segalanya
Jika aku punya harta segunung berlian
Tak dapat aku bayar setiap kebaikan kamu

Sepanjang perkenalan
Tak lekang dari mulutnya menyebut
“kamu kan budak baik”
Sedangkan yang lain cakap
“kamu budak jahat, nakal!”
Rakan ini bikin aku selesa
Saat aku menangis
Merengek bagai budak hilang mainan
Datang dia pujuk sama seperti pujukan seorang ibu
Lemah badan ini
Datang dia bekalkan seribu ubat
Biar aku terus kuat
Dia sama macam ibu

Saat aku lihat kamu bersedia untuk pergi
Aku hanya pandang
Aku senyum
Aku bisik pada hati
Aku pulangkan kamu pada mereka semua
Aku pinjam kamu dan aku wajib pulangkan semula

Aku susun memori lepas erat – erat dalam ingatan
Biar jangan hilang, biar jangan padam
Aku doa
Agar kamu sentiasa baik – baik

Harap aku dapat pinjam kamu lagi
Tidak lama
Aku mahu terus gembira
Selagi aku hidup
Aku mahu kegembiraan
Kerana aku tahu
Sedetik mana pun , kamu merayu bagaimana pun
Tiada masa yang aku boleh ulang

Itu saja yang aku boleh luahkan
Harap kamu terus kekal sama seperti yang lepas
Ingat yang indah – indah saja kawan
Lupakan perkara yang tidak enak
Mungkin ada pertelingkahan
Anggap saja itu ujian
Baik – baik lah kamu
Jangan lupa pada aku

Sunday, December 8, 2013

:)

aku mula berubah
dari seorang baran
aku berubah jadi cool
dari seorang penakut
aku berubah jadi berani
dari seorang yang lemah
aku berubah jadi kuat

seorang insan yang aku baru kenali
sekali imbas dia sama seperti rakan lama
tapi hakikatnya dia individu berbeza

dia baru aku kenali
tapi aku rasa seakan sudah lama aku gelar dia kawan
dia mengajar aku apa itu erti kelembutan, kebaikan dan sebagainya
lantas aku sedar
aku patut tinggalkan sikap yang lama
yang langsung tidak beri apa-apa faedah pada aku

siapa menyangka
dua karakter yang berbeza mampu rapat seakan mereka yang berkongsi darah yang sama
saat aku sedih, dia berusaha menenangkan aku
saat aku gembira, dia bersedia menyediakan telinga mendengar semua cerita
saat aku marah, dia menjadi penyejuk
setiap apa yang jadi pada aku
dia ada. tak kira jauh mahupun dekat

saat dia kesakitan
aku tidak sedar
aku meraung teresak-esak kerana terlalu risau
risau seperti aku akan kehilangan seorang kakak
aku cuba sorok
tapi aku tak mampu
mengalir air mata ini
pantas dia menyapu air mata aku
"jangan menangis kalau kamu sayang aku"

aku pandang wajah dia
terfikir seketika
suatu saat nanti
aku dan dia akan bawa haluan masing-masing
mungkin tiada lagi gelak ketawa dia akan aku dengar
mungkin tiada lagi senyuman yang dapat aku lihat
mungkin tiada lagi genggaman tangan saat aku jatuh
mungkin tiada lagi peneman saat aku sakit

sejujurnya aku mahu kamu tahu kawan baikku
aku bersyukur dipilih tuhan menjadi seorang daripada kawan baikmu
terima kasih kawan
sayang kamu ibarat aku sayang mereka yang punya darah yang sama denganku
masa makin singkat
makin cemburu dengan kita
kita harungi dunia baru ini sama sama
kita tulis diari indah dan..
kita simpan buat memori kehidupan kita

wahai sahabatku..
terima kasih..
moga tuhan berkati kehidupan kamu dunia dan akhirat

:)

Tuesday, September 3, 2013

#1 Notes to Myself

-
-
-
-
-
I asked for strength and Allah gave me difficulties to make me strong.

I asked for patience and Allah placed me in situations where I was forced to wait.

I asked for everything so I could enjoy life.

Instead, He gave me life to enjoy everything.

I received nothing I wanted, but I received everything I needed.

-
-
-
-
-
-

Tuesday, August 20, 2013

#1 - Nota ringkas buat Rakan

_
_
_
_
_
_
_
_

Aku bukanlah insan terbaik yang dianugerahkan tuhan sebagai sahabatmu
Dan aku juga bukan insan teristimewa dalam hidup kamu
Hadir aku hanya sementara
Aku pinjam kamu dari mereka untuk dijadikan tongkat andai aku rebah
Dan aku mahu pertolongan dari kamu untuk bangunkan aku
Tatkala air mata turun laju membasahi pipi aku
Kamu segera meminjamkan bahu kamu
Untuk aku lepaskan segala tangis aku
Aku patut sedar. Betapa beruntungnya aku.
Mempunyai sahabat seperti kamu
Sedangkan aku tidak pernah berterima kasih
Malah aku anggap kamu seperti melupakan aku
Tika kamu mula berjauhan dengan aku
Kadangkala aku merungut.
Merungut perkara yang tidak sepatutnya.
Sedangkan aku patut bersyukur
Dia menjaga kamu seperti ibu ketika kamu sakit
Menjadi guru ketika kamu kosong
Menjadi telinga tiap bicara kamu
Menjadi peneman tiap langkahan kamu
Aku patut sedar semua itu
Aku tidak layak merungut.
Aku tahu. Tidak dapat aku balas semua kebaikan kamu
Semoga Tuhan panjangkan usia ini.
Kerana ada urusan yang belum selesai

-
-
-
-
-
-

Friday, July 26, 2013

True Friend


-
-
-
-
-
-

Friend is somebody that you will appreciate in your life.
They are the one that help you during your fall.
They are like a bones.
Without it, i can't do anything.

When i further my degree, i am now far away from family
and it can tell you how many of your true friend is.
I still remember, at the end of my 2nd semester,
I got letter from my friend. 
I do not know why i'm cried while reading that letter.
When i read, i fell like thanks Allah, I have best friend.!

All my friends are so meaningful to me. 
They can't be forgotten for thee rest of my life.
Even if they make me mad or everything, 
They are still my friends.

-
-
-
-
-
-
-

I love my friends.!

Thursday, December 27, 2012

bersawang haa

assalamualaikum. huhu. lama x update blog haa.

Thursday, September 20, 2012

Assalamualaikum.

Minggu yang agak busy sebenarnya bg aku.
Minggu yang penuh dengan kerja
Minggu yang penuh dengan kerahan tenaga, minda dan sebagainya
Minggu yang terakhir sesi pembelajaran bagi Diploma yang akan aku miliki (InsyaAllah)
*harapnya lepas la semua paper hihihihi

Pejam celik pejam celik
Seakan - akan tidak sangka
Rupanya aku kini berada di dalam kelas terakhir untuk Semester ke 5

Teringat dengan kata - kata Sir Wan Hizam

"Gunakanlah masa yang ada ni dengan kawan-kawan kat sini" - lebih kurang begitu

"Masa belajar ni lah kita dapat tau, yang mana satu kawan, yang mana satu lawan, yang mana sahabat"

"Adakah orang yang duduk sebelah kita hari pertama kita masuk sini , duduk sebelah kita lagi hari ni"

-
-
-
-
-
-
-
-
-
X sangka.Orang tu duduk lagi kat sebelah aku sampai sekarang. :)

Spend lah masa korang secukupnya dengan kawan - kawan. Masa dah x boleh undur.



 video ni x de kaitan pun dengan entry aku. tapi saja nak share je. hihihi.