peNgiKut sAyA

Sunday, December 8, 2013

:)

aku mula berubah
dari seorang baran
aku berubah jadi cool
dari seorang penakut
aku berubah jadi berani
dari seorang yang lemah
aku berubah jadi kuat

seorang insan yang aku baru kenali
sekali imbas dia sama seperti rakan lama
tapi hakikatnya dia individu berbeza

dia baru aku kenali
tapi aku rasa seakan sudah lama aku gelar dia kawan
dia mengajar aku apa itu erti kelembutan, kebaikan dan sebagainya
lantas aku sedar
aku patut tinggalkan sikap yang lama
yang langsung tidak beri apa-apa faedah pada aku

siapa menyangka
dua karakter yang berbeza mampu rapat seakan mereka yang berkongsi darah yang sama
saat aku sedih, dia berusaha menenangkan aku
saat aku gembira, dia bersedia menyediakan telinga mendengar semua cerita
saat aku marah, dia menjadi penyejuk
setiap apa yang jadi pada aku
dia ada. tak kira jauh mahupun dekat

saat dia kesakitan
aku tidak sedar
aku meraung teresak-esak kerana terlalu risau
risau seperti aku akan kehilangan seorang kakak
aku cuba sorok
tapi aku tak mampu
mengalir air mata ini
pantas dia menyapu air mata aku
"jangan menangis kalau kamu sayang aku"

aku pandang wajah dia
terfikir seketika
suatu saat nanti
aku dan dia akan bawa haluan masing-masing
mungkin tiada lagi gelak ketawa dia akan aku dengar
mungkin tiada lagi senyuman yang dapat aku lihat
mungkin tiada lagi genggaman tangan saat aku jatuh
mungkin tiada lagi peneman saat aku sakit

sejujurnya aku mahu kamu tahu kawan baikku
aku bersyukur dipilih tuhan menjadi seorang daripada kawan baikmu
terima kasih kawan
sayang kamu ibarat aku sayang mereka yang punya darah yang sama denganku
masa makin singkat
makin cemburu dengan kita
kita harungi dunia baru ini sama sama
kita tulis diari indah dan..
kita simpan buat memori kehidupan kita

wahai sahabatku..
terima kasih..
moga tuhan berkati kehidupan kamu dunia dan akhirat

:)

No comments:

Post a Comment