Detik detik jarum jam itu
aku perhatikan
Lama aku tenung
Sudah sampai masa
Sudah cukup 1 semester
Detik yang paling aku
risau untuk aku tempuh
Akhirnya sampai
Hati ini menjerit
Tolonglah, jangan
berdetik laju laju
Berat hati ini
Tidak tahu untuk gambar
dan olahkan
Mungkin melalui penulisan
Aku luahkan apa yang ada
dalam fikiran
Aku mahu cakap pada teman
karib
Terima kasih untuk setiap
detik
Detik detik kamu menemani
aku
Di setiap saat
Aku lelap, makan, gelak,
berjaga, ketawa, menangis, berjalan, belajar
Tak terkira masa kamu
menemani setiap tingkah laku aku
Terima kasih diatas
kebaikan kamu
Terima kasih diatas
pengorbanan kamu
Terima kasih diatas
nasihat kamu
Terima kasih untuk
segalanya
Jika aku punya harta
segunung berlian
Tak dapat aku bayar
setiap kebaikan kamu
Sepanjang perkenalan
Tak lekang dari mulutnya
menyebut
“kamu kan budak baik”
Sedangkan yang lain cakap
“kamu budak jahat, nakal!”
Rakan ini bikin aku
selesa
Saat aku menangis
Merengek bagai budak
hilang mainan
Datang dia pujuk sama
seperti pujukan seorang ibu
Lemah badan ini
Datang dia bekalkan
seribu ubat
Biar aku terus kuat
Dia sama macam ibu
Saat aku lihat kamu
bersedia untuk pergi
Aku hanya pandang
Aku senyum
Aku bisik pada hati
Aku pulangkan kamu pada
mereka semua
Aku pinjam kamu dan aku
wajib pulangkan semula
Aku susun memori lepas
erat – erat dalam ingatan
Biar jangan hilang, biar jangan
padam
Aku doa
Agar kamu sentiasa baik –
baik
Harap aku dapat pinjam
kamu lagi
Tidak lama
Aku mahu terus gembira
Selagi aku hidup
Aku mahu kegembiraan
Kerana aku tahu
Sedetik mana pun , kamu
merayu bagaimana pun
Tiada masa yang aku boleh
ulang
Itu saja yang aku boleh
luahkan
Harap kamu terus kekal
sama seperti yang lepas
Ingat yang indah – indah saja
kawan
Lupakan perkara yang
tidak enak
Mungkin ada
pertelingkahan
Anggap saja itu ujian
Baik – baik lah kamu
Jangan lupa pada aku
No comments:
Post a Comment