peNgiKut sAyA

Tuesday, August 20, 2013

#1 - Nota ringkas buat Rakan

_
_
_
_
_
_
_
_

Aku bukanlah insan terbaik yang dianugerahkan tuhan sebagai sahabatmu
Dan aku juga bukan insan teristimewa dalam hidup kamu
Hadir aku hanya sementara
Aku pinjam kamu dari mereka untuk dijadikan tongkat andai aku rebah
Dan aku mahu pertolongan dari kamu untuk bangunkan aku
Tatkala air mata turun laju membasahi pipi aku
Kamu segera meminjamkan bahu kamu
Untuk aku lepaskan segala tangis aku
Aku patut sedar. Betapa beruntungnya aku.
Mempunyai sahabat seperti kamu
Sedangkan aku tidak pernah berterima kasih
Malah aku anggap kamu seperti melupakan aku
Tika kamu mula berjauhan dengan aku
Kadangkala aku merungut.
Merungut perkara yang tidak sepatutnya.
Sedangkan aku patut bersyukur
Dia menjaga kamu seperti ibu ketika kamu sakit
Menjadi guru ketika kamu kosong
Menjadi telinga tiap bicara kamu
Menjadi peneman tiap langkahan kamu
Aku patut sedar semua itu
Aku tidak layak merungut.
Aku tahu. Tidak dapat aku balas semua kebaikan kamu
Semoga Tuhan panjangkan usia ini.
Kerana ada urusan yang belum selesai

-
-
-
-
-
-

No comments:

Post a Comment