peNgiKut sAyA

Showing posts with label bapa. Show all posts
Showing posts with label bapa. Show all posts

Friday, June 24, 2011

warkah buat seorang bapa....

bapa
dirimu ibarat tongkat yang menjadi kekuatan diri ini
yang pada mulanya
aku hanya insan putih
yang masih tiada coraknya

kau telah mencorakkan diriku ini
dengan pelbagai warna dan hiasan
kau telah mewarnai hidupku
tanpa penat dan lelah

dikala aku masih baru bernyawa
kau telah membisikkan kalimah teragung ditelingaku
memberi harapan yang tinggi
pada diri anak-anaknya

tidak pernah riak pada wajahmu
menunukkan sisi riak yang bosan
walaupun dirimu lelah
kau tetap mengukirkan kegembiraan
dihadapan anak-anakmu

bapa
aku kini sudah merantau demi menuntut ilmu
berbekalkan semangat yang kau beri
aku kini mengorak langkah kehadapan tanpa mahu menoleh kebelakang lagi

wahai anak
ingatlah pesanannya
selagi diberikan nafaz
carilah kejayaan yang membawa sinar pada kehidupan
pada diri dan juga keluarga tercinta

doa si bapa sentiasa ditelapak tangannya
sentiasa dialunkan diatas tikar
tikar yang sentiasa mendengar setiap doa-doanya

dikalanya anaknya bergembira
adakah sibapa turut bergembira
dikala anaknya bersedih
sudah pasti si bapa turut dilanda kesedihan

bapa yang ku kasihi
walaupun anakmu ini pernah menemui kegagalan
kini
aku melangkah dan terus mara
agar aku bisa menjadi
seperti yang kau mahu

harapanmu untuk melihatki
ke menara tertinggi
akan aku tunaikan

doamu yang sentiasa kau panjatkan
akan sentiasa menemani setiap ruang hidupku
kerana harapanmu jua harapanku.....



akma adzli
11.01 pm
alor star kedah